Monday, 1 January 2018

Hari Pertama 2018

Mula bertugas di syarikat yang belum ada. Bisnes yang belum tentu ada. Dengan umur dipenghujung usia. Ingatan selalu lupa. Kudrat dah tinggal sisa. Modal juga tiada.

Tapi idea mega semakin menyala. Ingin membina legasi.

Fokus utama membina kitchen garden. Bulan lepas baru selesai menanam benih 10 batang durian musang king dan 4 batang benih durian belanda di Pontian Johor.

Hari ini membeli benih limau bali dari kebun sahabat lama saudara Madzalal di ulu langat.

Projek tanaman Musang King di Pontian, Johor