Thursday, 31 October 2013

Kursus lagi di INFRA

Baru selesai mengikuti Kursus Jom Bisnes di INFA yang bermula pada 29-31 Oktober 2013. Kursus ini lebih memberi penekanan kepada peluang-peluang bisnes dan bentuk-bentuk pembiayaan ditawarkan kepada usahawan-usahawan muda.

Apa yang paling menarik adalah satu program dinamakan RBC suatu program berbentuk pertandingan di mana pemenang akan mendapat pembiayaan sehingga 2 juta dalam bentuk geran.

Keterangan lanjut mengenai program boleh didapati melalui PUNB

Setelah lima tahun berlalu RBC telah menobatkan Abang Dara sebagai juara dengan menggondol hadiah bernilai 1 juta ringgit.

Sunday, 27 October 2013

Sepanjang perjalanan dari Ampang, Shah Alam dan Bangi

Hari keempat Kursus Usahawan Global Desa Lestari Siri 2/2013 di INFRA bermula dari 25 - 28 Oktober 2013.

Banyak pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Sebelum ini. sebagai pemandu teksi saya hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk menambahkan pendapatan melalui kaedah-kaedah konvensional.

Dengan adanya kursus ini, telah membuka dimensi baru melalui penggunaan teknologi online seperti facebook, fanpage, blog, emel dan sebagainya untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan lebih spesifik.

Realitinya teksi bajet bermeter hanya boleh mengambil satu penumpang sahaja dalam satu perjalanan pada satu-satu masa. Persoalannya, apabila kaedah baru dilaksanakan ada kemungkinan wujud pertindihan dan lambakan pelanggan. Jadi, bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?

Penyelesaiannya, wujudkan keperluan untuk membina network di kalangan pemandu-pemandu teksi.

bersambung.....

Friday, 25 October 2013

Kursus Usahawan Global



Satu Kursus Usahawan Global Desa Lestari Siri 2/2013 di adakan pada 25 - 28 Oktober di INFRA Bangi. Kursus ini berkaitan dengan penggunaan ICT dalam memasarkan serta membuat promosi produk-produk yang sedang dijalankan. Kursus di anjurkan dengan kerjasama IZAD BLOG NETWORK.