Hari keempat Kursus Usahawan Global Desa Lestari Siri 2/2013 di INFRA bermula dari 25 - 28 Oktober 2013.
Banyak pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Sebelum ini. sebagai pemandu teksi saya hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk menambahkan pendapatan melalui kaedah-kaedah konvensional.
Dengan adanya kursus ini, telah membuka dimensi baru melalui penggunaan teknologi online seperti facebook, fanpage, blog, emel dan sebagainya untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan lebih spesifik.
Realitinya teksi bajet bermeter hanya boleh mengambil satu penumpang sahaja dalam satu perjalanan pada satu-satu masa. Persoalannya, apabila kaedah baru dilaksanakan ada kemungkinan wujud pertindihan dan lambakan pelanggan. Jadi, bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?
Penyelesaiannya, wujudkan keperluan untuk membina network di kalangan pemandu-pemandu teksi.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment